Profil

Hits: 1642

Jasa Winds merupakan sebuah pasukan orkestra SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan yang telah ditubuhkan pada tahun 2006. Pada asalnya, pasukan ini hanya dianggotai seramai 35 orang ahli sahaja. Namun begitu, keahliannya telah bertambah seramai 65 orang apabila kejayaan demi kejayaan berjaya ditempa oleh pasukan ini.

Untuk makluman, berikut adalah senarai pertandingan dan aktiviti yang telah pasukan Jasa Winds sertai serta kejayaan yang telah dicapai.

  1. Festival Wind Orkestra SBP Peringkat Kebangsaan.(2006 – 2019)
  2. Pertandingan ini merupakan anjuran oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan – Pingat Perak
  3. Malaysian International Wind Orchestra Festival (MIWOF) 2016 Pertandingan ini juga merupakan anjuran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. – Pingat Gangsa
  4. Singapore International Band Festival (2016) Pertandingan ini merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Wind Band Association of Singapore bersama Yong Siew Toh Conservatory of Music, Singapore.- Penyertaan
  5. Pertandingan Malaysian Wind Orchestra Competition (2017) – Pingat Perak. Pertandingan ini anjuran dari pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Konsert Gema Ekspresi Jasa Winds 2018 di RTM Kuantan.
  7. Masterclass Workshop with Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)  2019. – tuan rumah Zon timur
  8. Malaysia International Music Art Festival 2019 .

Justeru, Konsert Gema Ekspresi Jasa Winds ke- 2 2019 SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada ahli-ahli Jasa Winds yang telah mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit serta cekal demi mencipta kecemerlangan yang demi kecemerlangan untuk melonjakkan nama SEMSAS di setiap pertandingan yang disertai.