Mengenai Konsert

‘Malam Gema Expressi Jasa Wind 2019’

Berdasarkan kepada sambutan 'Malam Gema Ekspresi Jasa Winds 2018' tahun lepas yang amat menggalakkan, kami sekali lagi ingin menjemput masyarakat sekitar kuantan untuk sama-sama menyaksikan 'Malam Gema Expressi Jasa Wind 2019’ yang akan diadakan pada 23 November 2019 bertempat di Auditorium RTM, Kuantan.

Diharap mendapat sokongan dari pihak terutamanya badan korporat, swasta dan badan-badan kerajaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi , berketrampilan dan berkepimpinan bertaraf dunia.